JOM DALAMI HAM

Friday, June 10, 2016






 PENGAJARAN YANG DIPEROLEH DARI VEDIO: 

DECLAN GALBRAITH

(TELL ME WHY)




1) Hak kebebasan.

Melalui klip vedio tersebut, hak kebebasan inilah yang mereka inginkan dimana mereka ingin hidup bebas seperti negara-negara yang lain, bebas dari peperangan, bebas untuk bersuara dalam perjuangkan hak mereka, bebas untuk memberi pendapat. Tetapi malangnya hak ini telah dicabuli oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sehiggakan telah meragut berjuta-juta nyawa. Petikan dibawah ini menunjukkan mereka tidak berputus asa untuk perjuangkan hak mereka.
Mereka hanya berteriak: “Damai… Tanpa Kekerasan… Kebebasan… Kehormatan Negara…”
Hingga saat ini jumlah korban terbunuh akibat peluru-peluru pasukan militer negara telah mencapai lebih dari 5.000 orang. Bahkan anak-anak kecil pun terbunuh karena mereka menuliskan di tembok-tembok sekolah mereka:
“Kita ingin kebebasan… Kita ingin merdeka… dan kami tidak rukuk kecuali kepada Allah “
Sekarang di penjara–penjara Suriah, lebih dari 100.000 orang di kerangkeng, mereka adalah sebaik – baik pemuda tanah air. Dan tidak diketahui entah berapa yang sudah dibunuh dengan disiksa dan seberapa yang masih hidup di penjara – penjara.

2) Hak pendidikan

Hak ini juga diperjuangkan didalam klip vedio berkenaan, setiap kanak-kanak berhak untuk mendapat pendidikan bagi menjamin kehidupan mereka dan untuk mengejar cita-cita mereka. Tetapi sebaliknya yang terjadi kepada kanak- kanak ini, mereka tidak diberikan peluang untuk ke sekolah malah terpaksa terlibat dalam peperangan yang telah mengorbankan banyak nyawa.
ANKARA, Rabu – Lebih 400,000 kanak-kanak pelarian Syria di Turki tidak mendapat pendidikan yang sempurna termasuk tidak dapat hadir ke sekolah.
Perkara itu didedahkan satu kumpulan hak asasi manusia yang berpangkalan di Amerika Syarikat dengan menyifatkan bahasa, isu-isu integrasi dan masalah kewangan sebagai punca utama pelarian ini tidak mendapat akses kepada pendidikan.

3) Hak kedamaian

Kanak-kanak ingin hidup mereka dalam kedamaian. Persoalan yang diutarakan mengenai isu in adalah “adakah kita tidak boleh untuk menjadi kawan”. Mereka sudah penat dengan peperangan dan permusuhan yang tidak ada penghujungnya dan impian mereka untuk tidak bermusuhan adalah satu niat yang sangat murni. Hak ini seharusnya tidak dicabuli oleh mana-mana pihak, ini adalah satu hak yang setiap manusia inginkan dalam hidup mereka.

4) Hak persaudaraan

Mereka juga inginkan hak bersaudara di mana satu keadaan yang saling bertanya khabar, tolong-menolong jika dalam kesusahan dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi. Hal ini dapat digambarkan dengan lirik lagu “Apabila ramai yang perlukan seseorang, kita tidak menghulurkan tangan untuk membantu”. Keadaan inilah yang terjadi sekarang dan kanak-kanak ini tidak terlepas untuk menjadi mangsa keadaan.

Secara keseluruhannya, hak –hak yang dinyatakan di atas yang diperjuangkan dalam klip vedio tersebut. Kita sebagai manusia yang berhati perut perlu membantu dalam meringgankan beban yang ditanggung oleh mereka.














 PENGAJARAN YANG DI PEROLEH DARI VEDIO: 

WARISAN

(JASA BONDA).



Antara ihsan yang diberikan oleh ibu dalam lagu warisan bonda ini adalah ibu membanting tulang mencari rezeki siang dan malam demi memastikan keperluan dan kehendak anak terjaga. Ibu tidak mengharapkan apa-apa balasan daripada seorang anak walaupun mereka telah berkorban segalanya demi anak mereka. Impian seorang ibu adalah untuk membina kehidupan yang sempurna untuk anaknya yang jauh lebih baik dari mereka dari segi kekuatan jiwa dan maruah yang tinggi. Ibu juga selalu memberikan nasihat yang sering digelar sebagai leteran oleh anak. Tetapi leteran inilah yang menasihati anak dalam semua aspek kehidupan. Seringkali ibu marah kepada anak mereka tetapi itu tidak bermakna mereka benci tetapi itulah yang menunjukkan kasih sayang mereka.


Hak anak kepada ibu adalah menjaganya dengan penuh kasih sayang walaupun kita sudah berjaya suatu hari nanti kerana pengorbanan seorang ibu itu tidak boleh di balas walaupun di berikan segunung emas sekalipun. 



SUMBER: astrowarna.com


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PANDANGAN~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Melihat keadaan ini, pada pandangan saya, masyarakat Syiria ada hak untuk bebas, bersekolah seperti manyarakat Negara lain dan hidup dalam keadaan aman damai. Mereka tidak seharusnya diseret dalam hal ini hanya disebabkan konflik politik yang melanda. Justeru hak mereka sebagai seorang manusia perlu dipertahankan dan dijaga dengan baik.








~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PANDANGAN~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Pada pandangan saya, di dalam perkahwinan itu, seorang wanita perlulah di layan dengan baik dari segi rohani atau jasmani. Walaupun telah bergelar isteri, sang suami tidak berhak untuk memperlakukan wanita dengan kekasaran yang menyebabkan wanita itu sakit/ tercedera. Sebuah perkahwinan seharusnya dihiasi dengan keindahan kesabaran yang tinggi. Hak seorang wanita untuk mendapatkan perlindungan tidak boleh di cabuli dan seharusnya ditegakkan supaya para wanita yang menjadi mangsa kes seperti ini di pelihara oleh undang-undang.









~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PANDANGAN~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pada pandangan saya, semua orang/individu ada hak untuk bersuara bagi menegakkan keadailan atau hak yang mereka ada. Jadi, seharusnya pihak kerajaan tidak boleh menafikan hak tersebut dan memberikan peluang untuk mereka bersuara. Tetapi ramai diantara kita takut untuk bersuara bagi menegakkan hak yang kita ada, ini memberi peluang kepada pihak tertentu untuk mengambil kesempatan dari kita.










~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PANDANGAN~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Sebagai anak kita tidak seharusnya membebani fikiran ibu bapa dengan perkara yang merisaukan mereka. Ibu bapa kepada anak ini telah menjalankan haknya dengan baik dengan menghantar ke pusat pemulihan akhlak. Tetapi disebabkan pemikiran yang singkat oleh anaknya, dia telah melarikan diri dari pusat berkenaan. Kesannya, ibu bapa jugalah yang menjadi mangsa keadaan apabila merisaukan keadaan anak yang tidak pulang. Setiap ibu bapa menginginkan perkara yang terbaik buat anak mereka, jadi sebagai anak kita perlulah mematuhi arahan ibu bapa yang mendatangkan kebaikan kepada kehidupan kita pada masa akan datang.









~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PANDANGAN~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sebenarnya pilihan untuk pemilihan cara hidup ini adalah bergantunga kepada individu berkenaan. Jika seseorang itu memilih untuk hidup dalam keadaan yang tidak sihat, ia akan menjadikan mereka terlibat dalam jenayah. Isu inilah yang sedang berleluasa di Negara kita. Sebagai seorang remaja, seharusnya mereka ada hak untuk hidup dalam keadaan yang lebih baik yang tidak terlibat dalam masalah seperti ini. Keadaan ini akan menyebabkan pelbagai pihak terkena kesan yang negatif  akibat perbuatan mereka contohnya hak orang awam untuk hidup selamat telah dicabuli kerana peninggkatan kes jenayah dalam kalangan remaja itu sendiri.







~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PANDANGAN~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Seorang anak mempunyai hak untuk mendapatkan didikan agama yang baik bagi yang beragama islam. Oleh itu, ibu bapa sepatutnya memandang hal ini dengan lebih serius bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. Seorang yang bergelar remaja dahagakan belaian kasih sayang ibu bapa. Jika ibu bapa tidak memenuhi keperluan itu, tidak hairanlah ramai remaja yang sanggup menjatuhkan maruah diri mereka hanya untuk mendapatkan kasih sayang tersebut pada lelaki yang bukan mahram.







~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PANDANGAN~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`
Situasi di atas menunjukkan harga yang di kenakan sangat tinggi terhadap perkhidmatan makanan yang di tawarkan. Sebagai pembeli, kita seharunya ada hak untuk memilih, kita perlu bijak dalam membuat pilihan supaya tidak merugikan mana-mana pihak. Pihak peniaga juga tidak bolehlah mengambil kesempatan terhadap situasi pembeli. Seharunya perletakan harga makanan itu perlulah setimpal dangan penawaran yang diberikan. Penjual tidak seharusnya mengambil kesempatan terhadap golongan VVIP ini walaupon mereka berharta, seharusnya harga yang di kenakan haruslah logik dek akal.











~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PANDANGAN~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hak sebagai pengguna haruslah dipelihara dan tidak boleh dicabuli oleh mana-mana pihak. Pihak penjual seharunya memandang serius perkara ini dalam memastikan pengguna islam mendapatkan sesuatu makanan yang halal. Jika pihak yang tidak bertanggungjawab menipu dalam isu ini, maka hak pengguna islam telah dicabuli.









                                                      ~~~~~~~~~~~~~~~pandangan~~~~~~~~~~~



Seharusnya pemandu teksi tersebut bertindak dengan lebih bijak yang tidak membawa kepada sebarang yang boleh menjejaskan nyawa. Pemandu teksi ini mempunyai hak untuk bersuara bagi menyuarakan isu yang tidak menjadi kepuasan hati mereka. Oleh itu, pihak kerajaan seharunya mendengan suara rakyat supaya isu seperti ini tidak berulang lagi.









~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PANDANGAN~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dadah ini adalah suatu benda yang tidak sihat dan akan menjejaskan kesihatan pengambilnya. Oleh itu, kita seharusnya bijak dalam melakukan sesuatu keputusan supaya tidak membahayakan kesihatan diri supaya hak untuk hidup dalam keadaan sihat akan terpelihara. Pelbagai pihak juga seharunnya mengambil inisiatif yang lebih serius berkenaan isu tersebut bagi mengelakkan ia semakin berleluasa.











~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PANDANGAN~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Kita ada hak untuk hidup dalam keadaan yang sihat. Kita seharusnya memelihara badan kita supaya sentiasa sihat dan bertenaga. Isu vape ini telah berleluasa sejak kebelakangan ini dan vape ini bukanlah sesuatu perkara yang boleh menyumbangkan kesihatan kepada badan kita. Apabila kita terjebak dengan vape ini, kita akan ketagih dan seterunya membawa kepada kesan yang negative kepada badan kita sendiri. Jadi kitalah yang telah menafikan hak untuk terus hidup dalam keadaan yang sihat tanpa bahan-bahan yang merosakkan tubuh badan manusia.










~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PANDANGAN~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hak untuk mendidik diberikan kepada seorang insan yang bergelar guru. Mereka inilah yang tidak pernah jemu mencurahkan ilmu bagi memastikan anak murid mereka berjaya. Pihak ibu bapa perlulah berfikiran lebih matang dalam kes ini kerana setiap guru ada cara mereka tersendiri untuk mendidik anak muridnya. Jika perlakuan seoarang itu itu tidak sampai mematahkan tulang atau memberi kesan yang teruk kepada anggota badan pelajar itu, seharusnya piha ibu bapa tidak perlu untuk memarahi guru berkenaan. Perbuatan guru itu hanyalah sebagai sedikit hukuman yang akan menjadikan pelajar itu mengingati dan memperbaiki kesalahan yang dilakukan.











~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PANDANGAN~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 Seorang ibu itu telah memberikan didikan dan kasih sayang yang mencukupi kepada seorang anak. Mereka membanting tulang dalam usaha untuk mencari rezeki hanya untuk memastikan kehidupan seorang anak akan sentiasa berada dalam keadaan baik. Seorang anak tidak sepatutnya memperlakukan seorang ibu dengan sebegitu rupa. Hak seorang anak kepada ibunya adalah menjaga mereka dengan baik bukannya membuat kekasaran kepada mereka. Sebagai seorang abang juga, dia seharusnya melindungi adik perempuannya bukannya menumbuknya kerana hak untuk dilindungi itu sepatutnya dipelihara.













~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PANDANGAN~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Hak untuk berkahwin adalah satu hak yang tidak boleh disangkal lagi bagi insan yang bergelar manusia. Pada pandangan saya, perkahwinan itu merupakan satu cara yang baik untuk menyalurkan nafsu kea rah yang lebih baik. Hal ini dapat mengurangkan kes- kes sosial yang sedang berleluasa di Negara kita. Tetapi perkahwinan itu tidak sepenuhnya untuk  memuaskan nafsu semata-mata tetapi ia merangkumi semua aspek kehidupan. Jika pasangan itu adalah seorang mmuslim yang beragama islam, mereka hendaklah mempelajari dan mendalami ilmu agama tersebut supaya dapat dijadikan panduan dalam melayari alam rumah tangga.







~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PANDANGAN~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`


Sebagai rakyat, hak untuk dibantu itu ada pada dirinya. Kita sebagai rakyat yang prihatin perlulah menghulurkan bantuan yang termampu demi meringgankan pihak yang dalam kesusahan. Pihak kerajaan juga perlulah mengambil inisiatif untuk menolong rakyant yang dalam kesusahan. Jika perkara ini di praktikkan, nescaya kita hidup dalam keadaan aman sentosa.













~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PANDANGAN~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ini merupakan satu usaha yang sangat murni yang dilakukan oleh pihak kerajaan dalam isu gelandangan ini. Hak untuk mendapatkan tempat tinggal dan hak untuk hidup dalam keadaan yang selesa telah diambil berat oleh pihak kerajaan. Semoga usaha ini akan memberikan kehidupan yang lebih baik kepada golongan gelandangan ini.











SUMBER: alongxp.com


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PANDANGAN~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Seharusnya setiap tindakkan yang kita ingin lakukan perlulah difikirkan kesan yang bakal terjadi. Tidak sepatutnya seorang yang bergelar senior melakukan perkara seperti in kepada pelajar lain. Seharunya peningkatan umur hendaklah diselarasi dengan kematangan fikiran. Dalam kes ini hak untuk hidup dalam keadaan selamat telah dicabuli oleh pelajar senior berkenaan.







~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PANDANGAN~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Setiap individu mempunyai hak untuk hidup dalam keadaan aman yang bebas daripada segala gangguan yang menyebabkan kesan yang negatif. Seharusnya kes buli seperti ini tidak harus terjadi dalam kalangan mereka. Mungkin kerana sifat kenakalan yang sukar dibendung atau faktor luaran yang menyebabkan kes ini berleluasa. Pihak ibu bapa juga perlulah menjalankan hak mereka dalam memastikan anak mereka tidak membuat sesuatu perkara yang mendatangkan kesan negatif kepada pihak lain.











~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PANDANGAN~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Isu lari dari rumah dalam kalangan remaja ini bukanlah suatu isu yang asing lagi di Negara kita. Hal ini disebabkan pemikiran yang singkat oleh golongan remaja ini yang hanya memkirkan keseronokan yang sementara sahaja. Mereka tidak memikirkan ibu bapa atau perkara-perkara yang lain akibat tindakkan mereka berkenaan. Hak untuk hidup bebas memang di akui setiap orang berhak, tetapi caranya juga perlulah dengan cara yang betul bukannya melarikan diri dari rumah.









SUMBER: alongxp.com


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PANDANGAN~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Seorang guru itu sangat mulia kerana telah mencurahkan ilmu kepada kita sebagia murid. Seharusnya seorang murid menghormati dan memberi layanan yang baik kepada seorang guru bukannya melakukan keganasan sehingga mengugut untuk membunuh. Hal ini jelas menunjukkan keperibadiaan murid itu sangat rendah. Seoarang guru itu mempunyai hak untuk selamat, jadi beliau perlulah melindungi dirinya dengan melaporkan kepada pihak-pihak yang sepatutnya supaya kes ini tidak menjadi perkara yang lebih buruk lagi.








~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PANDANGAN~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sebagai seorang yang bergelar muslimat dan beragama islam kita perlulah menjaga kehormatan diri kita. Seseorang yang bukan mahram tidak boleh mancabuli sesuka hati hak berkenaan. Muslimat juga seharusnya tidak menawarakan diri mereka dengan rendah sehingga menyebabkan perlakuan yang tidak baik berlaku. Semoga kejadian ini memberikan pengajaran kepada semua wanita di luar sana agar terus menjaga maruah diri kerana wanita sangat bernilai di muka bumi ini.












~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PANDANGAN~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Seharusnya kesucian kalimah ini dipelihara dengan baik. Seorang yang bukan muslim tidak ada hak untuk mempermainkan atau mempersendakan kalimah yang suci ini yang menjadi pegangan orang islam. Justeru kita sebagai umat islam perlulah lebih peka terhadap perkara ini supaya kesucian agama islam itu sentiasa terpelihara.












~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PANDANGAN~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Maruah seorang wanita itu adalah satu hak yang seharunya dipelihara dengan baik. Seorang lelaki seharunya menghormati wanita dengan setinggi tinggi penghormatan. Tetapi kebanyakannya pada hari ini memperlakukan wanita sebagai hamba abdi yang tidak mempunyai perasaan. Dimanakah hak kita sebagai wanita?? Inilah persoalannya sekarang. Seorang wanita juga tidak boleh meletakkan maruah dirirnya dengan sangat rendah ini akan memberikan peluang kepada lelaki yang tidak bertanggungjawab untuk mengambil kesempatan.









SUMBER: wanfauzi.com

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PANDANGAN~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Myanmar telah berada di bawah pemerintahan tentera selama lebih 50 tahun dan ini merupakan masa yang sangat lama. Seharunya mereka ada hak untuk duduk dinegara mereka bukanya menjadi pelarian seperti ini. Mereka hilang tempat tinggal dan terpaksa untuk mencari tempat tinggal yang baru. Hak mereka telah dicabuli untuk mendapatkan tempat tinggal dan untuk hidup dalam keadaan aman. Sebagai rakyat yang hidup dalam Negara yang aman damai, kita perlulah menghulur bantuan bagi meringankan beban mereka.










~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PANDANGAN~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Setiap manusia itu memiliki hak untuk hidup di muka bumi ini. Seharusnya wanita yang mengandung mempunyai naluri seorang ibu yang ingin melihat anaknya lahir dengan selamat di dunia ini. Pengguguran janin ini tidak seharusnya berlaku dan sebagai seorang ustaz tidak seharunnya menggalakan perbuatan yang keji ini. Sebagai seorang ustaz, hendaklah menasihatinya supaya tidak melakukan perkara yang di benci Allah dan kembali ke pangkuan jalan. Seharusnya hak janin itu untuk terus hidup perlu dilindungi dan di pertahankan.
.