SUMBER:
astrowarna.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PANDANGAN~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Melihat
keadaan ini, pada pandangan saya, masyarakat Syiria ada hak untuk bebas,
bersekolah seperti manyarakat Negara lain dan hidup dalam keadaan aman damai. Mereka
tidak seharusnya diseret dalam hal ini hanya disebabkan konflik politik yang
melanda. Justeru hak mereka sebagai seorang manusia perlu dipertahankan dan
dijaga dengan baik.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PANDANGAN~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pada pandangan saya, di dalam
perkahwinan itu, seorang wanita perlulah di layan dengan baik dari segi rohani
atau jasmani. Walaupun telah bergelar isteri, sang suami tidak berhak untuk
memperlakukan wanita dengan kekasaran yang menyebabkan wanita itu sakit/
tercedera. Sebuah perkahwinan seharusnya dihiasi dengan keindahan kesabaran
yang tinggi. Hak seorang wanita untuk mendapatkan perlindungan tidak boleh di
cabuli dan seharusnya ditegakkan supaya para wanita yang menjadi mangsa kes
seperti ini di pelihara oleh undang-undang.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PANDANGAN~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pada pandangan saya, semua
orang/individu ada hak untuk bersuara bagi menegakkan keadailan atau hak yang
mereka ada. Jadi, seharusnya pihak kerajaan tidak boleh menafikan hak tersebut
dan memberikan peluang untuk mereka bersuara. Tetapi ramai diantara kita takut
untuk bersuara bagi menegakkan hak yang kita ada, ini memberi peluang kepada
pihak tertentu untuk mengambil kesempatan dari kita.
SUMBER: www.wanista.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PANDANGAN~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sebagai anak kita tidak seharusnya membebani fikiran ibu bapa dengan
perkara yang merisaukan mereka. Ibu bapa kepada anak ini telah menjalankan
haknya dengan baik dengan menghantar ke pusat pemulihan akhlak. Tetapi
disebabkan pemikiran yang singkat oleh anaknya, dia telah melarikan diri dari
pusat berkenaan. Kesannya, ibu bapa jugalah yang menjadi mangsa keadaan apabila
merisaukan keadaan anak yang tidak pulang. Setiap ibu bapa menginginkan perkara
yang terbaik buat anak mereka, jadi sebagai anak kita perlulah mematuhi arahan
ibu bapa yang mendatangkan kebaikan kepada kehidupan kita pada masa akan
datang.
SUMBER: hzurain.blogspot.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PANDANGAN~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sebenarnya pilihan untuk pemilihan cara hidup ini adalah bergantunga
kepada individu berkenaan. Jika seseorang itu memilih untuk hidup dalam keadaan
yang tidak sihat, ia akan menjadikan mereka terlibat dalam jenayah. Isu inilah
yang sedang berleluasa di Negara kita. Sebagai seorang remaja, seharusnya
mereka ada hak untuk hidup dalam keadaan yang lebih baik yang tidak terlibat
dalam masalah seperti ini. Keadaan ini akan menyebabkan pelbagai pihak terkena
kesan yang negatif akibat perbuatan
mereka contohnya hak orang awam untuk hidup selamat telah dicabuli kerana
peninggkatan kes jenayah dalam kalangan remaja itu sendiri.
SUMBER: mforum.cari.com.my
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PANDANGAN~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Seorang anak mempunyai hak untuk mendapatkan didikan agama yang baik
bagi yang beragama islam. Oleh itu, ibu bapa sepatutnya memandang hal ini
dengan lebih serius bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Seorang yang bergelar remaja dahagakan belaian kasih sayang ibu bapa. Jika ibu
bapa tidak memenuhi keperluan itu, tidak hairanlah ramai remaja yang sanggup
menjatuhkan maruah diri mereka hanya untuk mendapatkan kasih sayang tersebut pada
lelaki yang bukan mahram.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PANDANGAN~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`
Situasi di atas menunjukkan harga
yang di kenakan sangat tinggi terhadap perkhidmatan makanan yang di tawarkan.
Sebagai pembeli, kita seharunya ada hak untuk memilih, kita perlu bijak dalam
membuat pilihan supaya tidak merugikan mana-mana pihak. Pihak peniaga juga
tidak bolehlah mengambil kesempatan terhadap situasi pembeli. Seharunya
perletakan harga makanan itu perlulah setimpal dangan penawaran yang diberikan.
Penjual tidak seharusnya mengambil kesempatan terhadap golongan VVIP ini
walaupon mereka berharta, seharusnya harga yang di kenakan haruslah logik dek
akal.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PANDANGAN~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hak
sebagai pengguna haruslah dipelihara dan tidak boleh dicabuli oleh mana-mana
pihak. Pihak penjual seharunya memandang serius perkara ini dalam memastikan
pengguna islam mendapatkan sesuatu makanan yang halal. Jika pihak yang tidak
bertanggungjawab menipu dalam isu ini, maka hak pengguna islam telah dicabuli.
~~~~~~~~~~~~~~~pandangan~~~~~~~~~~~
Seharusnya
pemandu teksi tersebut bertindak dengan lebih bijak yang tidak membawa kepada
sebarang yang boleh menjejaskan nyawa. Pemandu teksi ini mempunyai hak untuk
bersuara bagi menyuarakan isu yang tidak menjadi kepuasan hati mereka. Oleh
itu, pihak kerajaan seharunya mendengan suara rakyat supaya isu seperti ini
tidak berulang lagi.
SUMBER: remaja10.blogspot.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PANDANGAN~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Dadah ini adalah suatu benda yang tidak sihat dan akan menjejaskan
kesihatan pengambilnya. Oleh itu, kita seharusnya bijak dalam melakukan sesuatu
keputusan supaya tidak membahayakan kesihatan diri supaya hak untuk hidup dalam
keadaan sihat akan terpelihara. Pelbagai pihak juga seharunnya mengambil
inisiatif yang lebih serius berkenaan isu tersebut bagi mengelakkan ia semakin
berleluasa.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PANDANGAN~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kita
ada hak untuk hidup dalam keadaan yang sihat. Kita seharusnya memelihara badan
kita supaya sentiasa sihat dan bertenaga. Isu vape ini telah berleluasa sejak
kebelakangan ini dan vape ini bukanlah sesuatu perkara yang boleh menyumbangkan
kesihatan kepada badan kita. Apabila kita terjebak dengan vape ini, kita akan
ketagih dan seterunya membawa kepada kesan yang negative kepada badan kita
sendiri. Jadi kitalah yang telah menafikan hak untuk terus hidup dalam keadaan
yang sihat tanpa bahan-bahan yang merosakkan tubuh badan manusia.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PANDANGAN~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hak untuk mendidik diberikan
kepada seorang insan yang bergelar guru. Mereka inilah yang tidak pernah jemu
mencurahkan ilmu bagi memastikan anak murid mereka berjaya. Pihak ibu bapa
perlulah berfikiran lebih matang dalam kes ini kerana setiap guru ada cara
mereka tersendiri untuk mendidik anak muridnya. Jika perlakuan seoarang itu itu
tidak sampai mematahkan tulang atau memberi kesan yang teruk kepada anggota
badan pelajar itu, seharusnya piha ibu bapa tidak perlu untuk memarahi guru berkenaan.
Perbuatan guru itu hanyalah sebagai sedikit hukuman yang akan menjadikan
pelajar itu mengingati dan memperbaiki kesalahan yang dilakukan.
SUMBER: sznursalina.blogspot.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PANDANGAN~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Seorang ibu itu telah
memberikan didikan dan kasih sayang yang mencukupi kepada seorang anak. Mereka
membanting tulang dalam usaha untuk mencari rezeki hanya untuk memastikan
kehidupan seorang anak akan sentiasa berada dalam keadaan baik. Seorang anak
tidak sepatutnya memperlakukan seorang ibu dengan sebegitu rupa. Hak seorang
anak kepada ibunya adalah menjaga mereka dengan baik bukannya membuat kekasaran
kepada mereka. Sebagai seorang abang juga, dia seharusnya melindungi adik
perempuannya bukannya menumbuknya kerana hak untuk dilindungi itu sepatutnya
dipelihara.
SUMBER: www.mariafirdz.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PANDANGAN~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hak untuk berkahwin adalah satu hak yang tidak boleh disangkal lagi bagi insan yang bergelar manusia. Pada pandangan saya, perkahwinan itu merupakan satu cara yang baik untuk menyalurkan nafsu kea rah yang lebih baik. Hal ini dapat mengurangkan kes- kes sosial yang sedang berleluasa di Negara kita. Tetapi perkahwinan itu tidak sepenuhnya untuk memuaskan nafsu semata-mata tetapi ia merangkumi semua aspek kehidupan. Jika pasangan itu adalah seorang mmuslim yang beragama islam, mereka hendaklah mempelajari dan mendalami ilmu agama tersebut supaya dapat dijadikan panduan dalam melayari alam rumah tangga.
SUMBER: www.jkm.gov.my
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PANDANGAN~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~`
Sebagai rakyat, hak untuk dibantu itu ada pada dirinya. Kita sebagai
rakyat yang prihatin perlulah menghulurkan bantuan yang termampu demi
meringgankan pihak yang dalam kesusahan. Pihak kerajaan juga perlulah mengambil
inisiatif untuk menolong rakyant yang dalam kesusahan. Jika perkara ini di
praktikkan, nescaya kita hidup dalam keadaan aman sentosa.
Sumber: www.jkm.gov.my
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PANDANGAN~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ini merupakan satu usaha yang sangat murni yang dilakukan oleh pihak
kerajaan dalam isu gelandangan ini. Hak untuk mendapatkan tempat tinggal dan
hak untuk hidup dalam keadaan yang selesa telah diambil berat oleh pihak
kerajaan. Semoga usaha ini akan memberikan kehidupan yang lebih baik kepada
golongan gelandangan ini.
SUMBER: alongxp.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PANDANGAN~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Seharusnya setiap tindakkan yang
kita ingin lakukan perlulah difikirkan kesan yang bakal terjadi. Tidak
sepatutnya seorang yang bergelar senior melakukan perkara seperti in kepada
pelajar lain. Seharunya peningkatan umur hendaklah diselarasi dengan kematangan
fikiran. Dalam kes ini hak untuk hidup dalam keadaan selamat telah dicabuli
oleh pelajar senior berkenaan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PANDANGAN~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Setiap individu mempunyai hak
untuk hidup dalam keadaan aman yang bebas daripada segala gangguan yang
menyebabkan kesan yang negatif. Seharusnya kes buli seperti ini tidak harus
terjadi dalam kalangan mereka. Mungkin kerana sifat kenakalan yang sukar
dibendung atau faktor luaran yang menyebabkan kes ini berleluasa. Pihak ibu
bapa juga perlulah menjalankan hak mereka dalam memastikan anak mereka tidak
membuat sesuatu perkara yang mendatangkan kesan negatif kepada pihak lain.
SUMBER: sclc-uitm.blogspot.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PANDANGAN~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Isu lari dari rumah dalam kalangan remaja ini bukanlah suatu isu
yang asing lagi di Negara kita. Hal ini disebabkan pemikiran yang singkat oleh
golongan remaja ini yang hanya memkirkan keseronokan yang sementara sahaja.
Mereka tidak memikirkan ibu bapa atau perkara-perkara yang lain akibat
tindakkan mereka berkenaan. Hak untuk hidup bebas memang di akui setiap orang
berhak, tetapi caranya juga perlulah dengan cara yang betul bukannya melarikan
diri dari rumah.
SUMBER: alongxp.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PANDANGAN~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Seorang guru itu sangat mulia
kerana telah mencurahkan ilmu kepada kita sebagia murid. Seharusnya seorang
murid menghormati dan memberi layanan yang baik kepada seorang guru bukannya
melakukan keganasan sehingga mengugut untuk membunuh. Hal ini jelas menunjukkan
keperibadiaan murid itu sangat rendah. Seoarang guru itu mempunyai hak untuk
selamat, jadi beliau perlulah melindungi dirinya dengan melaporkan kepada
pihak-pihak yang sepatutnya supaya kes ini tidak menjadi perkara yang lebih
buruk lagi.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PANDANGAN~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sebagai
seorang yang bergelar muslimat dan beragama islam kita perlulah menjaga
kehormatan diri kita. Seseorang yang bukan mahram tidak boleh mancabuli sesuka
hati hak berkenaan. Muslimat juga seharusnya tidak menawarakan diri mereka
dengan rendah sehingga menyebabkan perlakuan yang tidak baik berlaku. Semoga kejadian
ini memberikan pengajaran kepada semua wanita di luar sana agar terus menjaga
maruah diri kerana wanita sangat bernilai di muka bumi ini.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PANDANGAN~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Seharusnya
kesucian kalimah ini dipelihara dengan baik. Seorang yang bukan muslim tidak
ada hak untuk mempermainkan atau mempersendakan kalimah yang suci ini yang
menjadi pegangan orang islam. Justeru kita sebagai umat islam perlulah lebih
peka terhadap perkara ini supaya kesucian agama islam itu sentiasa terpelihara.
SUMBER: abusirr.blogspot.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PANDANGAN~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Maruah seorang wanita itu adalah satu hak yang seharunya dipelihara
dengan baik. Seorang lelaki seharunya menghormati wanita dengan setinggi tinggi
penghormatan. Tetapi kebanyakannya pada hari ini memperlakukan wanita sebagai
hamba abdi yang tidak mempunyai perasaan. Dimanakah hak kita sebagai wanita??
Inilah persoalannya sekarang. Seorang wanita juga tidak boleh meletakkan maruah
dirirnya dengan sangat rendah ini akan memberikan peluang kepada lelaki yang
tidak bertanggungjawab untuk mengambil kesempatan.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PANDANGAN~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Myanmar
telah berada di bawah pemerintahan tentera selama lebih 50 tahun dan ini
merupakan masa yang sangat lama. Seharunya mereka ada hak untuk duduk dinegara
mereka bukanya menjadi pelarian seperti ini. Mereka hilang tempat tinggal dan
terpaksa untuk mencari tempat tinggal yang baru. Hak mereka telah dicabuli
untuk mendapatkan tempat tinggal dan untuk hidup dalam keadaan aman. Sebagai
rakyat yang hidup dalam Negara yang aman damai, kita perlulah menghulur bantuan
bagi meringankan beban mereka.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~PANDANGAN~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Setiap
manusia itu memiliki hak untuk hidup di muka bumi ini. Seharusnya wanita yang
mengandung mempunyai naluri seorang ibu yang ingin melihat anaknya lahir dengan
selamat di dunia ini. Pengguguran janin ini tidak seharusnya berlaku dan
sebagai seorang ustaz tidak seharunnya menggalakan perbuatan yang keji ini.
Sebagai seorang ustaz, hendaklah menasihatinya supaya tidak melakukan perkara
yang di benci Allah dan kembali ke pangkuan jalan. Seharusnya hak janin itu
untuk terus hidup perlu dilindungi dan di pertahankan.
.
No comments:
Post a Comment