JOM DALAMI HAM

Friday, June 10, 2016






 PENGAJARAN YANG DIPEROLEH DARI VEDIO: 

DECLAN GALBRAITH

(TELL ME WHY)




1) Hak kebebasan.

Melalui klip vedio tersebut, hak kebebasan inilah yang mereka inginkan dimana mereka ingin hidup bebas seperti negara-negara yang lain, bebas dari peperangan, bebas untuk bersuara dalam perjuangkan hak mereka, bebas untuk memberi pendapat. Tetapi malangnya hak ini telah dicabuli oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sehiggakan telah meragut berjuta-juta nyawa. Petikan dibawah ini menunjukkan mereka tidak berputus asa untuk perjuangkan hak mereka.
Mereka hanya berteriak: “Damai… Tanpa Kekerasan… Kebebasan… Kehormatan Negara…”
Hingga saat ini jumlah korban terbunuh akibat peluru-peluru pasukan militer negara telah mencapai lebih dari 5.000 orang. Bahkan anak-anak kecil pun terbunuh karena mereka menuliskan di tembok-tembok sekolah mereka:
“Kita ingin kebebasan… Kita ingin merdeka… dan kami tidak rukuk kecuali kepada Allah “
Sekarang di penjara–penjara Suriah, lebih dari 100.000 orang di kerangkeng, mereka adalah sebaik – baik pemuda tanah air. Dan tidak diketahui entah berapa yang sudah dibunuh dengan disiksa dan seberapa yang masih hidup di penjara – penjara.

2) Hak pendidikan

Hak ini juga diperjuangkan didalam klip vedio berkenaan, setiap kanak-kanak berhak untuk mendapat pendidikan bagi menjamin kehidupan mereka dan untuk mengejar cita-cita mereka. Tetapi sebaliknya yang terjadi kepada kanak- kanak ini, mereka tidak diberikan peluang untuk ke sekolah malah terpaksa terlibat dalam peperangan yang telah mengorbankan banyak nyawa.
ANKARA, Rabu – Lebih 400,000 kanak-kanak pelarian Syria di Turki tidak mendapat pendidikan yang sempurna termasuk tidak dapat hadir ke sekolah.
Perkara itu didedahkan satu kumpulan hak asasi manusia yang berpangkalan di Amerika Syarikat dengan menyifatkan bahasa, isu-isu integrasi dan masalah kewangan sebagai punca utama pelarian ini tidak mendapat akses kepada pendidikan.

3) Hak kedamaian

Kanak-kanak ingin hidup mereka dalam kedamaian. Persoalan yang diutarakan mengenai isu in adalah “adakah kita tidak boleh untuk menjadi kawan”. Mereka sudah penat dengan peperangan dan permusuhan yang tidak ada penghujungnya dan impian mereka untuk tidak bermusuhan adalah satu niat yang sangat murni. Hak ini seharusnya tidak dicabuli oleh mana-mana pihak, ini adalah satu hak yang setiap manusia inginkan dalam hidup mereka.

4) Hak persaudaraan

Mereka juga inginkan hak bersaudara di mana satu keadaan yang saling bertanya khabar, tolong-menolong jika dalam kesusahan dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi. Hal ini dapat digambarkan dengan lirik lagu “Apabila ramai yang perlukan seseorang, kita tidak menghulurkan tangan untuk membantu”. Keadaan inilah yang terjadi sekarang dan kanak-kanak ini tidak terlepas untuk menjadi mangsa keadaan.

Secara keseluruhannya, hak –hak yang dinyatakan di atas yang diperjuangkan dalam klip vedio tersebut. Kita sebagai manusia yang berhati perut perlu membantu dalam meringgankan beban yang ditanggung oleh mereka.














 PENGAJARAN YANG DI PEROLEH DARI VEDIO: 

WARISAN

(JASA BONDA).



Antara ihsan yang diberikan oleh ibu dalam lagu warisan bonda ini adalah ibu membanting tulang mencari rezeki siang dan malam demi memastikan keperluan dan kehendak anak terjaga. Ibu tidak mengharapkan apa-apa balasan daripada seorang anak walaupun mereka telah berkorban segalanya demi anak mereka. Impian seorang ibu adalah untuk membina kehidupan yang sempurna untuk anaknya yang jauh lebih baik dari mereka dari segi kekuatan jiwa dan maruah yang tinggi. Ibu juga selalu memberikan nasihat yang sering digelar sebagai leteran oleh anak. Tetapi leteran inilah yang menasihati anak dalam semua aspek kehidupan. Seringkali ibu marah kepada anak mereka tetapi itu tidak bermakna mereka benci tetapi itulah yang menunjukkan kasih sayang mereka.


Hak anak kepada ibu adalah menjaganya dengan penuh kasih sayang walaupun kita sudah berjaya suatu hari nanti kerana pengorbanan seorang ibu itu tidak boleh di balas walaupun di berikan segunung emas sekalipun. 

No comments: